Terdapat pelbagai jenama di pasaran pada masa kini. Penggunaan bengkung moden ini memudahkan ibu-ibu tanpa perlu meminta bantuan orang lain untuk memakainya di samping selesa dipakai. Kekerapan memakai juga memberikan pinggang yang ideal seperti anak dara.
Bengkung moden ini amat sesuai untuk ibu yang tidak dapat bersalin secara normal, iaitu secara ceaser. Pemakaian bengkung ini dapat membantu pergerakan ibu yang bersalin secara ceaser kerana ia dapat menampung perut daripada menekan bahagian yang di bedah, sekaligus mengurangkan sakit semasa bergerak.